Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Wednesday 21 November 2012

TENAGA PENGAJAR



PN ROFIDAH BINTI ISMAIL

EN ZAINI BIN AB GHANI

EN SUHAIMI BIN ALIAS

EN MOHD NOOR BIN ABD RAHMAN

EN ZUBAIRI BIN MD ZAIN

EN MOHAMED YASIN BIN ABD RAZAK

EN ALNORULHADI BIN AB HAMID

EN GHAZALI BIN HARUN

EN ASYMAL WAJDI BIN MOKHTAR

EN SHAHARUDDIN BIN NORDIN

EN HAYADI BIN MUSTAFA

EN MOHD HANIF BIN DIDI

EN KUSYAIRI BIN YUSOF

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR KOD DEE6563 (PRAKTIKAL) SESI JUL - DIS 2012

ASSALAMUALAIKUM kepada semua pelajar yang dihargai
Makluman untuk semua pelajar yang mendaftar subjek
DEE6563 POWER SYSTEM,
Sesi penilaian akhir "PRAKTIKAL" akan dilaksanakan pada
Tarikh        :  6 Disember 2012
Tempat        :  Bengkel Chargeman 
Pecahan kumpulan anda boleh lihat pada link di bawah:
Sila bawa kelengkapan:
1. Multimeter
2. Kalkulator
3. Pemotong wayar
Anda dinasihatkan untuk berada di bilik peperiksaan 10minit awal sebelum peperiksaan bermula.
**Perubahan waktu dan tarikh peperiksaan akan dimaklumkan melalui wakil kelas anda.



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SESI JUL - DIS 2012

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR KOD DEE3253/DEE6533 (PRAKTIKAL) SESI JUL - DIS 2012

ASSALAMUALAIKUM kepada semua pelajar yang dihargai
Makluman untuk semua pelajar yang mendaftar subjek
DEE3253 / DEE6533 ANALOGUE ELECTRONICS FUNDAMENTAL, 
Sesi penilaian akhir "PRAKTIKAL" akan dilaksanakan pada
Tarikh        :  5 Disember 2012
Tempat        :  M16A 
Pecahan kumpulan anda boleh lihat pada link di bawah:
Sila bawa kelengkapan: 
1. Multimeter
2. Kalkulator
3. Pemotong wayar
Anda dinasihatkan untuk berada di bilik peperiksaan 10minit awal sebelum peperiksaan bermula.
**Perubahan waktu dan tarikh peperiksaan akan dimaklumkan melalui wakil kelas anda.



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SESI JUL - DIS 2012

Tuesday 20 November 2012

Monday 19 November 2012

TOPI DI KEPALA VS TOPI DI LUTUT

TOPI KELEDAR @ TOPI DI KEPALA adalah suatu alat yang dicipta khusus kepada golongan penunggang dan pembonceng motosikal sebagai suatu langkah keselamatan jika berlaku 'malang tidak berbau' iaitu nahas jalan raya. Menjadi suatu kewajipan bagi setiap penunggang dan pembonceng motosikal yang menunggang kenderaan dua roda itu untuk memakai topi keledar jika pemilik kenderaan berkenaan menggunakan jalan raya, sama ada di bandar mahupun di kampung.
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Ordinan Lalu Lintas Jalan 1959 memperuntukkan, adalah menjadi satu kesalahan setiap penunggang motosikal mengabaikan pemakaian topi keledar apabila mereka menunggang motosikal. Dalam hal ini, amat jelas peruntukan undang-undang berkenaan sebenarnya bukan untuk menyusahkan golongan penunggang motosikal tetapi sebagai suatu jaminan terhadap keselamatan mereka apabila menggunakan motosikal di atas jalan raya.

TOPI DI LUTUT adalah topi keledar yang telah disalahguna atau disalah ertikan oleh penungang serta pembonceng motosikal ketika mengendalikan atau menaiki kenderaan berenjin beroda dua iaitu motosikal. Ia tercipta hasil dari kedegilan si penunggang dan pembonceng motosikal. Maksudnya di sini, penungang atau pembonceng motosikal tidal memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal atau meletakkan topi keledar di bakul sebagai hiasan penutup bakul ketika menunggang motosikal.

Sikap penunggang muda mudi yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di jalan raya bukan sahaja mendatang risiko terhadap kepala dan nyawa, namun contoh yang ditunjukkan oleh mereka adalah tidak sepatutnya. Sepatutnya, mereka lebih sayangkan kepala dan nyawa daripada sayangkan wang ringgit untuk membeli sebuah topi keledar. Ini kerana, topi keledar boleh dibeli jika mengalami kerosakan, tetapi apabila kepala dan nyawa tidak dapat dibeli dengan wang ringgit yang banyak. Jika tidak menemui ajal ketika berlakunya nahas, sudah tentu menderita seumur hidup dan pada masa itu wang ringgit yang banyak amat diperlukan untuk menyempurnakan rawatan. Tetapi hakikatnya sudah terlambat, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Apabila tubuh telah terlantar di katil hospital, suatu kesalan pasti wujud dan menyesal ketika ini tidak lagi berguna. Justeru, sebelum nyawa di hujung tanduk, berfikirlah semasak-masaknya, kerana orang yang berfikir untuk menyelamatkan nyawa lebih baik daripada menyusahkan hidup dalam derita akibat sikap dan pemikiran yang cetek.

Beringatlah wahai rakan-rakan, pelajarku serta semua yang membaca pesanan ini,  
MALANG TIDAK BERBAU, MAUT SENTIASA MENUNGGU..

PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI - DISEMBER 2012

Peperiksaan akhir bagi sesi Julai - Disember 2012 akan bermula pada    19 NOVEMBER 2012.

Selamat mengulangkaji pelajaran bagi semua pelajar Diploma Teknologi Elektrik Kuasa.

Kami barisan pensyarah sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Goodluck!!

Sunday 13 May 2012

COURSE WORK SESI JANUARI - JUN 2012

TENAGA PENGAJAR

1. EN MOHD HANIF BIN DIDI
   Subjek:
       a. DTV3012 - Project Management
       b. DEE3253/DEE6533 - Analogue Electronic Fundamental


2. EN HAYADI BIN MUSTAFA 
   Subjek:
       a. DEE6513 - Industrial Automation