TOPI KELEDAR @ TOPI DI KEPALA adalah suatu alat yang dicipta khusus kepada
golongan penunggang dan pembonceng motosikal sebagai suatu langkah
keselamatan jika berlaku 'malang tidak berbau' iaitu nahas jalan raya.
Menjadi suatu kewajipan bagi setiap penunggang dan pembonceng motosikal
yang menunggang kenderaan dua roda itu untuk memakai topi keledar jika
pemilik kenderaan berkenaan menggunakan jalan raya, sama ada di bandar
mahupun di kampung.
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Ordinan Lalu Lintas Jalan
1959 memperuntukkan, adalah menjadi satu kesalahan setiap penunggang
motosikal mengabaikan pemakaian topi keledar apabila mereka menunggang
motosikal. Dalam hal ini, amat jelas peruntukan undang-undang berkenaan
sebenarnya bukan untuk menyusahkan golongan penunggang motosikal tetapi
sebagai suatu jaminan terhadap keselamatan mereka apabila menggunakan
motosikal di atas jalan raya.
TOPI DI LUTUT adalah topi keledar yang telah disalahguna atau disalah ertikan oleh penungang serta pembonceng motosikal ketika mengendalikan atau menaiki kenderaan berenjin beroda dua iaitu motosikal. Ia tercipta hasil dari kedegilan si penunggang dan pembonceng motosikal. Maksudnya di sini, penungang atau pembonceng motosikal tidal memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal atau meletakkan topi keledar di bakul sebagai hiasan penutup bakul ketika menunggang motosikal.
Sikap penunggang muda mudi yang tidak memakai topi keledar ketika
menunggang motosikal di jalan raya bukan sahaja mendatang risiko
terhadap kepala dan nyawa, namun contoh yang ditunjukkan oleh mereka
adalah tidak sepatutnya. Sepatutnya, mereka lebih sayangkan kepala dan
nyawa daripada sayangkan wang ringgit untuk membeli sebuah topi keledar.
Ini kerana, topi keledar boleh dibeli jika mengalami kerosakan, tetapi
apabila kepala dan nyawa tidak dapat dibeli dengan wang ringgit yang
banyak. Jika tidak menemui ajal ketika berlakunya nahas, sudah tentu
menderita seumur hidup dan pada masa itu wang ringgit yang banyak amat
diperlukan untuk menyempurnakan rawatan. Tetapi hakikatnya sudah
terlambat, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Apabila tubuh telah terlantar di katil hospital, suatu kesalan pasti
wujud dan menyesal ketika ini tidak lagi berguna. Justeru, sebelum nyawa
di hujung tanduk, berfikirlah semasak-masaknya, kerana orang yang
berfikir untuk menyelamatkan nyawa lebih baik daripada menyusahkan hidup
dalam derita akibat sikap dan pemikiran yang cetek.
Beringatlah wahai rakan-rakan, pelajarku serta semua yang membaca pesanan ini,
MALANG TIDAK BERBAU, MAUT SENTIASA MENUNGGU..